Halaman ini disediakan untuk kes kritikal yang memerlukan tindakan segera dan tidak sesuai dilaporkan melalui borang aduan biasa.

Sekiranya isu yang berlaku melibatkan keselamatan, kecemasan, risiko serius atau kebajikan pelajar, sila hubungi pihak kolej melalui saluran yang disediakan di bawah.

Takrif Kes Kritikal

Kes kritikal merujuk kepada situasi yang berpotensi menjejaskan keselamatan, kebajikan atau ketenteraman warga kolej, termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Ancaman terhadap keselamatan atau nyawa
  • Insiden kecemasan dalam kawasan kolej
  • Isu kebajikan pelajar yang memerlukan tindakan serta-merta
  • Kejadian yang boleh menjejaskan ketenteraman atau operasi kolej

Dalam keadaan ini, laporan perlu dibuat segera melalui saluran yang sesuai.

Saluran Rasmi & Waktu Operasi

Sila hubungi pihak kolej melalui nombor telefon atau emel rasmi KVKS seperti yang dinyatakan di bawah.

Waktu operasi saluran rasmi:
🕘 Isnin – Jumaat | 8.00 pagi – 5.00 petang

Sebarang laporan yang diterima di luar waktu operasi akan direkodkan dan diambil tindakan pada hari bekerja berikutnya, kecuali bagi kes kecemasan yang memerlukan rujukan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Perhatian

Bagi situasi kecemasan di luar waktu operasi yang melibatkan ancaman segera, pengadu dinasihatkan untuk menghubungi agensi kecemasan berkaitan terlebih dahulu.

Untuk aduan atau maklum balas yang tidak melibatkan kecemasan, sila gunakan saluran KVKS Careline bagi memastikan pengurusan laporan yang lebih tersusun dan berrekod.